Sunday, December 4, 2011

cemburu


cemburu
setiap insan pasti pernah merasa cemburu
cemburu lihat kejayaan orang lain
cemburu tengok adik dapat lebih
cemburu tengok orang lain berpasangan
cemburu melihat pasangan dengan insan lain
ada pelbagai lagi situasi
tapi tak larat nak tulis semua
jadi
apa itu cemburu?








cemburu ditakrifkan sebagai jealous in english
dalam kamus dewan edisi irfan haziq
cemburu ditakrifkan sebagai suatu perasaan umpama marah
melihat apa yang dimiliki tidak selebih orang lain
dalam takrif lain
cemburu juga adalah melihat apa yang dimiliki sedang sibuk dengan insan lain
jadi apa sebab nak cemburu?
bukan boleh pegi mana pun kan?
cemburu ni kita bukan senang nak kawal macam kereta kontrol
dia datang dari hati
kadang2 setan yang influence kita
bergantunglah
sama ada cemburu positif atau cemburu negatif





apa itu cemburu positif?
cemburu positif adalah cemburu lalu kita perbaiki diri untuk lebih hebat
sperti cemburu melihat orang berjaya
jadi kita pun bertekad untuk jadi lebih hebat
untuk jadi lebih sukses
bagi pasangan yang sedang bermadu kasih
cemburu positif adalah dengan memperbaiki diri
dengan tunjuk kita kisah
bukan kongkong dia
paksa dia jangan bergaul itu dan ini






cemburu negatif
cemburu dimana melihat kejayaan orang itu dan mahu menjatuhkannya
cemburu melihat pasangana anda lalu mengongkongnya
merajuk
c'mon la
that's not gonna get you anywhere lah
if you truly want to be jealous
then let it be positive
jadi negative ni bukan dapat apa2 pun
silap2 kita yang terkena balik
like i'm having right now kn S?
tp salah saya jugak
bajet nak merajuk
nak marah
sepatutnya kita kena yakin yang pasangan kita tu
akan setia dengan kita









S
post ini actually i want to dedicate to you
I am really really sorry for not trusting you
even when you say that I could trust you
If you want to be mad at me
then it's up to you
but no matter what S
i will always love you
Thanks for loving me back S
and this song
is what i want to become for you S









Wednesday, November 30, 2011

The end(for now)

jam 3 30 petang
terdengar satu suara yang mengatakan
"masa menjawab telah tamat,sila letak pen"
ketika itu barulah aku sedar
sebuah buku yang penuh dengan contengan bermakna
kini sudah habis muka suratnya
10 tahun bergelar seorang pelajar sekolah
10 tahun penuh memori indah
10 tahun penuh pengalaman








ada kata jadi pelajar ini susah
ada kata jadi pelajar ini bosan
ada kata jadi pelajar ini penuh peraturan
namun hakikatnya
menjadi pelajar sekolah lah yang paling seronok sekali
tanggungjawab hanya satu:belajar
aku dulu merupakan golongan "ada kata"
aku kini menyedari itu semua salah
aku sedar bergelar pelajar umpama satu kemudahan
bergelar pelajar bermakna tidak perlu risau mencari rezeki
tidak perlu risau mencari jodoh
tidak perlu risau akan masalah ekonomi





asrama
aku tidak pernah menyesal akan keputusanku
aku mengenali erti berdikari
erti setiakawan
erti saling mempercayai
erti berkawan
dan yang paling penting
aku mengerti
erti kematangan
aku bukanlah seorang yang bijak mahupun gemar bersosial
namun di asrama
aku belajar untuk jadi bijak bergaul
aku belajar untuk mengenali manusia
aku belajar untuk mengenali erti tanggungjawab
di asrama juga
aku membina satu rasa sayang sungguh kuat terhadap rakan2
aku mengenali erti kehilangan rakan
aku mengenali erti sebenar persahabatan









zaman persekolahan telah mencorakku dengan baik
aku kini bukan lagi sekadar buku kosong
aku kini sudah menjadi sebuah karya
terima kasih guru guru
termima kasih rakan rakan
terima kasih ibu bapa
aku bersyukur kerana pernah bergelar pelajar sekolah

Friday, October 28, 2011

Suka tapi malu

Suka
semua insan pasti pernah merasai perasaan ini
samada pada makanan,mainan,haiwan mahupun perempuan
tapi kadang-kadang kita malu nak cakap kita suka
ada malu sebab tak nak kena gelak
ada malu sebab dia rasa pelik
ada malu sebab takut kena marah
ada juga yang malu sebab sayangkan apa yang dah sedia ada
macam aku
aku malu nak mintak benda baru
sebab sayang benda lama
aku malu nak cakap aku suka kt seseorang
sebab aku sayang nak rosakkan apa yang dah sedia ada
aku malu nak cakap aku suka makanan bayi
sebab tak nak kena gelak dan macam pelik













kenapa suka kena cakap?
kenapa kita tak tulis ke
sms ke,emel ke mahupun guna bahasa isyarat
ada yang cakap sebab nanti senang nak dapat apa yang kita nak
ada juga yang cakap sebab cakap nampak jujur skit
tapi bagi aku
kita kena cakap kita suka sebab baru nampak usaha
baru insan yang kita luahkan rasa suka tu tergamam
biar dia tahu kita tak fikir ayat ap nak cakap kt dye
mcm aku sekarang
aku suka seseorang
nama dia S
aku boleh je sms/hantar surat/hantar emel
tapi aku tak nak sebab
bagi aku
itu semua pengecut je buat
orang yg x de communication skills
aku tak hebat
tapi aku bukan pengecut










aku nak cakap aku suka dia
aku nak cakap depan2
tapi aku tau
aku tak berani sebab aku tak hebat
aku tak berani sebab aku cepat nervous
aku tak berani sebab aku takut dia lari
aku tak berani sebab aku takut dia nangis
jadi aku pilih untuk call dye
dia nak angkat atau x
itu terpulang kat dia
tapi yang aku tau
aku nak dia tau
aku suka dia










aku tau post ni x best sgt
ni lebih kurang luahan hati la
tapi aku buat secara x terang la
aku nak dia baca
tapi aku nak dia dengar sendiri dari mulut aku
yang aku suka kat dye
jiwang karat ke ap ak x kisah
yang penting ayat tu keluar dari mulut ak
khas untuk S

Saturday, September 3, 2011

MATANG

Kematangan
suatu benda yang sangat subjektif
ada yang mengatakan kematangan dinalai dr paras rupa
ada juga yang cakap dr sudut gaya berbahasa
tidak kurang juga yang mengatakan dari pemikiran seseorang tu
tapi kalau orang tnya aku
aku just cakap
kau rasa?




ada orang yang mukanya dah macam bapak orang punya bapak
tapi masih lagi bersembang perihal kamen rider,ben 10 dan kapten boleh
ada juga orang yang mukanya seperti kanak2 upsr
namun sudah biasa bersembang tentang pergolakan politik dan benda2 yang sekedudukan dengannya
kalau ikutkan aku
aku ni matang
sebab aku dah boleh bezakan benda yang baik dengan buruk
tapi bila aku cakap macam tu
ada suara sumbang yang cakap
budak kecik yang tak matang pun tau buat bende mcm tu
lalu insan yang bersuara sumbang itu memberikan satu situasi
kalau kau suruh budak keck pilih nak syurga ke neraka
mesti dia pilih syurga punya kan
aku terdiam dan terus mendiam
betul jugak tu
tapi kalau mcr tu x matang la ke?
sebab dia nyanyi
mama,we all go to hell
translasi:ibu,kita semua masuk neraka
insan suara sumbang tersengih dan terus berlalu





jika baca teliti cerita bosan ni
apa yang aku nak sampaikan
kita tidak akan sedar yang diri kita ni matang
orang yang akan sedar
adalah kawan2 kita yang rapat ngan kita
ak tulis pasal matang ni sebab aku semakin sedari
ada orang yang perasan matang namun tidak matang langsung
ada orang yang berpura pura matang padahal dia lgsg tak pun
ada jugak orang yang matang tapi tak tunjuk
jadi kepada mereka yang patutnya dah matang
cepatlah matangkan diri anda
"orang tua tidak semestinya matang,namun orang matang selalunya tua"



Friday, September 2, 2011

ada apa dgn seniority?


seniority
satu benda yg sudah tidak asing lg dalam kalangan remaja di asrama
pelbagai rupa mereka yang diberi gelaran tersebut
ada yang pendek,gemuk,ataupun kedua-duanya sekali
namun itu tidak yg penting
yang penting
dalam hierarki di asrama(selepas guru dan pak jaga)
mereka la yang paling tua di situ









tahun ni
setelah tujuh belas tahun meniti hidup ini
dapatlah aku merasa kejap status ni
orang cakap senior jahat
jadi aku dan rakan2 cuba ubah persepsi itu
aku ingin ubah konsep yang sedia ada
"yang tua ditakuti,yang muda menakuti"
namun begitu
apa yang dapat kita sedari
jadi baik ni pun susah jugak
kalau buat jahat sikit
BOOM!!!!
kene repot
kita ambik satu situasi mudah la
seorang budak buat dajjal(jahat)
selaku senior atau dlam bahasa formal nya insan bertanggungjawab
sudah pasti sedikit tindakan akan diambil
sedikit nasihat dan jentik2
namun si budak tersebut
akan merepot
dia telah dibelasah sehingga tulang rusuk dan tulang belakangnya
telah bertukar tempat
lalu mereka yang hanya menjentik
akan digantung
















melalui cerita di atas
kita dapt lihat
konsep untuk jadi baik ini
amatlah tidak boleh diterapkan
jadi jahat pula
oh tidak
dosa tu
namun di dunia yang ditelan arus kemodenan ini
sifat baik itu sudah tidak boleh diguna pakai lagi
seperti kata2 seorang ilmuwan malaysia
"Orang yang baik akan dipijak"
jadi saya ingin tanya pada mereka yang berda di asrama
tidak kira pelajar sekolah ataupun universiti
mungkin juga pekerja2 kilang yang disediakan asrama
adakah seniority yang berteraskan
senior ditakuti itu perlu?
saya tidak kata ya
namun itu semua bergantung pada mereka yang berada di bawah takluk
senior
adakah anda suka dibelai ataupun anda lebih suka dibantai?
tepuk dada tanya selera
saya cuma meluahkan apa yang saya rasa
jika ingin pokoknya baik,akarnya mesti baik juga
renung renungkan la kata2 ni





budak baik yang sering dipijak