Saturday, September 3, 2011

MATANG

Kematangan
suatu benda yang sangat subjektif
ada yang mengatakan kematangan dinalai dr paras rupa
ada juga yang cakap dr sudut gaya berbahasa
tidak kurang juga yang mengatakan dari pemikiran seseorang tu
tapi kalau orang tnya aku
aku just cakap
kau rasa?




ada orang yang mukanya dah macam bapak orang punya bapak
tapi masih lagi bersembang perihal kamen rider,ben 10 dan kapten boleh
ada juga orang yang mukanya seperti kanak2 upsr
namun sudah biasa bersembang tentang pergolakan politik dan benda2 yang sekedudukan dengannya
kalau ikutkan aku
aku ni matang
sebab aku dah boleh bezakan benda yang baik dengan buruk
tapi bila aku cakap macam tu
ada suara sumbang yang cakap
budak kecik yang tak matang pun tau buat bende mcm tu
lalu insan yang bersuara sumbang itu memberikan satu situasi
kalau kau suruh budak keck pilih nak syurga ke neraka
mesti dia pilih syurga punya kan
aku terdiam dan terus mendiam
betul jugak tu
tapi kalau mcr tu x matang la ke?
sebab dia nyanyi
mama,we all go to hell
translasi:ibu,kita semua masuk neraka
insan suara sumbang tersengih dan terus berlalu





jika baca teliti cerita bosan ni
apa yang aku nak sampaikan
kita tidak akan sedar yang diri kita ni matang
orang yang akan sedar
adalah kawan2 kita yang rapat ngan kita
ak tulis pasal matang ni sebab aku semakin sedari
ada orang yang perasan matang namun tidak matang langsung
ada orang yang berpura pura matang padahal dia lgsg tak pun
ada jugak orang yang matang tapi tak tunjuk
jadi kepada mereka yang patutnya dah matang
cepatlah matangkan diri anda
"orang tua tidak semestinya matang,namun orang matang selalunya tua"



Friday, September 2, 2011

ada apa dgn seniority?


seniority
satu benda yg sudah tidak asing lg dalam kalangan remaja di asrama
pelbagai rupa mereka yang diberi gelaran tersebut
ada yang pendek,gemuk,ataupun kedua-duanya sekali
namun itu tidak yg penting
yang penting
dalam hierarki di asrama(selepas guru dan pak jaga)
mereka la yang paling tua di situ









tahun ni
setelah tujuh belas tahun meniti hidup ini
dapatlah aku merasa kejap status ni
orang cakap senior jahat
jadi aku dan rakan2 cuba ubah persepsi itu
aku ingin ubah konsep yang sedia ada
"yang tua ditakuti,yang muda menakuti"
namun begitu
apa yang dapat kita sedari
jadi baik ni pun susah jugak
kalau buat jahat sikit
BOOM!!!!
kene repot
kita ambik satu situasi mudah la
seorang budak buat dajjal(jahat)
selaku senior atau dlam bahasa formal nya insan bertanggungjawab
sudah pasti sedikit tindakan akan diambil
sedikit nasihat dan jentik2
namun si budak tersebut
akan merepot
dia telah dibelasah sehingga tulang rusuk dan tulang belakangnya
telah bertukar tempat
lalu mereka yang hanya menjentik
akan digantung
















melalui cerita di atas
kita dapt lihat
konsep untuk jadi baik ini
amatlah tidak boleh diterapkan
jadi jahat pula
oh tidak
dosa tu
namun di dunia yang ditelan arus kemodenan ini
sifat baik itu sudah tidak boleh diguna pakai lagi
seperti kata2 seorang ilmuwan malaysia
"Orang yang baik akan dipijak"
jadi saya ingin tanya pada mereka yang berda di asrama
tidak kira pelajar sekolah ataupun universiti
mungkin juga pekerja2 kilang yang disediakan asrama
adakah seniority yang berteraskan
senior ditakuti itu perlu?
saya tidak kata ya
namun itu semua bergantung pada mereka yang berada di bawah takluk
senior
adakah anda suka dibelai ataupun anda lebih suka dibantai?
tepuk dada tanya selera
saya cuma meluahkan apa yang saya rasa
jika ingin pokoknya baik,akarnya mesti baik juga
renung renungkan la kata2 ni





budak baik yang sering dipijak