Wednesday, November 30, 2011

The end(for now)

jam 3 30 petang
terdengar satu suara yang mengatakan
"masa menjawab telah tamat,sila letak pen"
ketika itu barulah aku sedar
sebuah buku yang penuh dengan contengan bermakna
kini sudah habis muka suratnya
10 tahun bergelar seorang pelajar sekolah
10 tahun penuh memori indah
10 tahun penuh pengalaman








ada kata jadi pelajar ini susah
ada kata jadi pelajar ini bosan
ada kata jadi pelajar ini penuh peraturan
namun hakikatnya
menjadi pelajar sekolah lah yang paling seronok sekali
tanggungjawab hanya satu:belajar
aku dulu merupakan golongan "ada kata"
aku kini menyedari itu semua salah
aku sedar bergelar pelajar umpama satu kemudahan
bergelar pelajar bermakna tidak perlu risau mencari rezeki
tidak perlu risau mencari jodoh
tidak perlu risau akan masalah ekonomi





asrama
aku tidak pernah menyesal akan keputusanku
aku mengenali erti berdikari
erti setiakawan
erti saling mempercayai
erti berkawan
dan yang paling penting
aku mengerti
erti kematangan
aku bukanlah seorang yang bijak mahupun gemar bersosial
namun di asrama
aku belajar untuk jadi bijak bergaul
aku belajar untuk mengenali manusia
aku belajar untuk mengenali erti tanggungjawab
di asrama juga
aku membina satu rasa sayang sungguh kuat terhadap rakan2
aku mengenali erti kehilangan rakan
aku mengenali erti sebenar persahabatan









zaman persekolahan telah mencorakku dengan baik
aku kini bukan lagi sekadar buku kosong
aku kini sudah menjadi sebuah karya
terima kasih guru guru
termima kasih rakan rakan
terima kasih ibu bapa
aku bersyukur kerana pernah bergelar pelajar sekolah