pada suatu pagi yang mendung
aku bangkit dari lenaku
lalu aku menyelak langsir untuk melihat panoramaku
namun apa yang aku lihat hanyalah kacau bilau
apa yang aku dengar hanyalah jeritan dan tangisan
apa yang aku hidu hanyalah darah dan gas2 beracun.
di saat ini aku mulai sedar
segala yang berlaku semua salah kita
bila persefahaman sudah hilang erti
bila pergaduhan menjadi solusi
bila air mata menjadi sebati
aku sedar kita cuba menegakkan fahaman kita
namun tanpa kisah akan fahaman lain
aku faham kita punya pandangan berbeza
namun tidak semestinya kita sahaja yang benar
kau salahkan insan2 lain
sedangkan diri kau punca segalanya
adakah kita tidak mahu keamanan lagi?
adakah kita mahu kacau bilau terus berlarutan?
adakah kita mahu darah bertitisan tanpa makna?
aku tidak kesiankan kau dan mereka
aku kesiankan golongan muda
mereka punya hak untuk berasa selamat
mereka punya hak pendidikan
namun kita rampas kerana taksub dengan ideologi kita
kita taksub dengan kekuasaan dunia
sedangkan kekuasaaan ilahi lebih hebat
aku bukan perkatakan ada pihak yang benar
aku perkatakan kita semua bersalah
kita sendiri musnahkan segalanya
lambang kemegahan bangsa beriya dibanggakan
namun tiada apa dapat ditunjukkan
usahlah kita terus begini
aku terlalu letih untuk terus begini
aku rindu duniaku yang dulu
aku rindu di saat kita masih boleh berlari bebas
disaat masih wujud nilai toleransi
namun aku sedar
alaf ini tiada jalannya
aku harus terima apa yang berlaku
kerana inilah hakikat dunia
di atas merupakan bayangan penulis berkenaan dgn bagaimana rupa dunia pada 2050
ini bukan karutan lalai semata mata
namun cuba anda fahamkan cerita itu
sedar atau tidak
ada yang telah berlaku
ada yang sudah ada tanda2
mungkin cerita aku sedikit bombastic
namun apa yang aku bayangkan
hanyalah melalui pemerhatianku terhadap dunia kini
ini bukan post politics or anything
just that i want you guys to realised we are going towards this direction
wake up from your slumber
berapa lama lagi kita mahu terus sangkut dalam lamunan
sedarlah wahai anak anak muda
peperangan tidak pernah jadi penyelesaian
aku cintakan generasi akan datangku
aku mahu mereka rasakan apa yang aku rasa mungkin lebih baik
konklusi di sini
ianya semudah
bersatu kita teguh bercerai kita roboh
No comments:
Post a Comment