kekurangan
siapa tak punya kekurangan?
ada punya tulisan buruk
ada punya mata kecil sebelah
ada punya bibir sumbing
namun
siapa kita nak persoal mereka
mereka tidak pinta begitu
mereka tidak kisah jadi begitu
tapi kita terlalu menghukum
kita agung yang cantik
kita lanyak yang hodoh
hingga mereka rasa tersisih
hingga mereka rasa hina
kau mahu dia sempurna di mata kau
kau mahu hidungnya mancung
kau mahu bibirnya tebal
kau mahu matanya bulat
tapi apa kau tahu apa dia rasa
dia taksub dengan kau
dia lakukan segala untuk kau
dia mahu jadi terbaik di mata kau
dia lupa erti dosa bila dengan kau
bila kau rasa kemanisan dia
kau buang dia di jalanan hina
kekurangan kita perlu terima
indah atau tidak bukan kita untuk tentu
jangan ubah diri kerana seseorang
jangan kau pinta mahu bedah
kau ingatlah segalanya berhikmah
ketetapan ilahi tidak pernah salah
namun
masyarakat perfectionist yang bersalah
mahukan kesempurnaan dalam segala
sedangkan kau dan aku lebih tahu
bukan kesempurnaan yang perlu dikejar
tapi kecemerlangan
terima diri kita seadanya
jangan pernah rasa tak berguna
tuntasnya
kecantikan,kehodohan,kekacakan itu semua pendapat orang
kau boleh ubah jika kau percaya
kau pekakkan mereka yang menghina
kau butakan mereka yang mengejek
kau tenangkan hati kau dan percayalah
kau aku dan mereka semua juga manusia
pasti wujud juga kekurangan
sentiasa kau ingat
kita manusia ciptaan terbaikNYA
wujudnya kekurangan agar kita rasa rendah
agar kita sedar kekuasaan yang esa
terima diri kita seadanya
aku percaya aku dan kau mampu laluinya
No comments:
Post a Comment