Monday, October 8, 2012

semalam, hari ini dan esok

salam sejahtera dunia
bagaimana anda berperasaan pada hari ini?
ya benar sudah lama tiada atas tarikh pada blog ini
mungkin kerana sibuk dengan urusan pembelajaran
tapi akan ku curah sedikit apa yang patut dicurahkan
untuk post pada hari ini



kita sering mendengar kata kata seperti
 Yesterday is history,
 tomorrow is a mystery,
 today is God's gift,
 that's why we call it the present.
Tapi
adakah kita ambil sepenuhnya kata kata ini?
adakah yang lampau itu sudah jadi sebuah pengajaran?
adakah hari ini sudah menjadi sebuah pengalaman?
adakah esok sudah menjadi sebuah impian?
itu adalah untuk kita persoalkan pada diri




jika ditanya kembali pada diri
adakah silam itu menghantui diri
adakah silam itu jahil bagimu

adakah silam itu manis 
jadi tanya kembali pada diri
adakah sudah kita belajar daripada silam ini?
adakah mahu untuk yang silam berulang?
adakah mahu untuk yang silam hilang?
segalanya berbalik kepada tindakan
apakah erti sebuah pengalaman jika tiada iktibar
belajarlah dari silam kerana mereka adalah anda yang lampau




hari ini
ada apa dengan hari ini?
adakah sudah kita isi hari ini dengan segala yang perlu?
adakah sudah kita isi hari ini dengan bermanfaat?
adakah sudah kita isi hari ini dengan pengajaran dari silam?
segala yang kita lakukan pada hari ini
akan menjadi pengajaran bagi esok
dan menjadi pengubah bagi selamanya
hari ini mungkin seperti tiada nilai 
namun adalah tidak ternilai sebenarnya
tiada sebarang harga dapat ditetapkan untuk mengubah
apa yang kita lakukan hari ini
itulah silam kita pada esok



esok
apakah yang mungkin terjadi?
apakah yang mungkin tidak terjadi?
adakah mimipi yang perlu dicapai?
manusia ini sering perkatakan
esok adalah seribu kemungkinan
namun sebelum seribu kemungkinan itu wujud
adakah hari ini kita masih mampu untuk melihat esok?
ya benar esok itu belum pasti
esok itu ketidaktentuan
namun esok itu ditentukan hari ini
tidak wujud sebuah esok yang bermula di syurga jika hari ini masih bergelumang dalam dosa
tidak wujud sebuah esok yang bahagia jika hari ini mesti leka
tidak wujud sebuah esok yang realiti jika harapan kekal menjadi mimpi





sudah di penghujung sebuah post
apa yang ingin diperkatakan adalah
manfaatkan sebuah hari itu
belajarlah daripada yang dahulu
letakkan matlamat pada esok
kita di dunia hanya sementara
jika semalam kita masih leka
hari ini juga kita masih leka
adalah tidak salah jika kita cuba untuk tidak leka di hari yang mendatang
adalah tidak salah jika hari ini menjadi titik perubahan
jadikan mimpi sebuah kenyataan
jadikan kata kata sebuah tindakan
jika segala yang kita buat itu ke arah kebaikan
dengan izinNya kita dipermudahkan
ingatlah siapa yang menentukan segala
doa tanpa usaha adalah umpama mahukan gaji namun tidak mahu kerja
gabungkan kedua duanya
segala akan menjadi sebuah pengalaman yang akan cantik dilihat
itulah pentingnya
semalam, hari ini dan esok
 


No comments:

Post a Comment